PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan,Peralatan ICT/Teknikal

PENGAWASAN KUALITI UDARA SUSULAN INSIDEN KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS DI PUTRA HEIGHT, SUBANG JAYA SELANGOR

normuhamad 16/04/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGAWASAN KUALITI UDARA SUSULAN INSIDEN KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS DI PUTRA HEIGHT, SUBANG JAYA SELANGOR
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SUBANG JAYA

Penerangan

2 April 2025, Subang Jaya – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menggerakkan pasukan petugas ke lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April 2025 (Syawal Kedua). Pengawasan tahap kualiti udara telah dan masih dijalankan oleh JAS Negeri Selangor di lokasi penerima terdekat (nearest receptor) insiden tersebut. YBrs. Dr. Norhazni Bt Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAS turut berada di lokasi kejadian pada 2 April 2025 bagi meninjau keadaan semasa dan memantau tahap kualiti di kawasan tersebut. Setakat jam 12.00 tengah hari, tiada sebarang gas toksik dikesan dan paras kualiti udara masih dalam keadaan normal. Laporkan sebarang kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan