PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS AIR RAYA 2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

nasir.ibrahim 09/04/2025 8 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS AIR RAYA 2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR

Penerangan

17-21 MAC 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Air Raya 2025 bagi premis di bawah seliaan kawasan masing-masing diseluruh Johor. Ops Air Raya ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 dan PPKAS (Kumbahan) 2009 terutamanya premis atau loji yang melepaskan efluen dan kumbahan terolah ke sungai. Selain itu, pematuhan kepada PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005. Untuk makluman juga Johor telah berjaya mengurangkan jumlah sungai tercemar daripada 14 sungai kepada 9 sungai pada tahun 2024. Usaha berterusan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan terus dipertingkatkan bagi meningkatkan kualiti sungai-sungai di Johor. 51 buah premis telah disiasat dan 30 premis didapati tidak patuh. Sejumlah 17 Notis Arahan dan lapan (?? Penahanan Operasi Kelengkapan telah diambil tindakan bagi pelbagai kesalahan berkaitan alat kawalan pencemaran, buangan terjadual dan lain-lain. 11 IP Kompaun disyorkan dengan 40 syor tawaran kompaun akan diserahkan kepada premis yang tidak patuh. Sebuah premis PYDT BT juga telah digantung lesen diatas ketidakpatuhan terhadap Jadual Pematuhan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan