PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PREMIS BERASASKAN PEMBUATAN JALAN DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

nasir.ibrahim 09/04/2025 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS BERASASKAN PEMBUATAN JALAN DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
KULAI, JOHOR

Penerangan

27 MAC 2024, KULAI, JOHOR - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah membuat siasatan susulan di premis pembuatan tar setelah menerima aduan awam berkaitan aduan bau yang berpunca daripada proses pengeluaran premis tersebut. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas alat pembakaran bahanapi dan kegagalan memastikan alat kawalan pencemaran udara berfungsi di bawah Seksyen 38(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan