Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT
TARIKH : 17.03.2025 (ISNIN)
MASA : 08.00 AM - 05.00 PM
ANGGOTA : PKK JM/PPKK WANA/PPK AMM/PJ ER/PJ MH
TUGAS :
1. Siasatan Aduan Kilang Sawit yang mengalirkan air sisa kotoran ke Sungai
2. Ambil sampel
3. Rondaan darat
KAWASAN RONDAAN:-
Beaufort-Sipitang-Tenom
PENEMUAN :
1? Siasatan Aduan.
- Aduan berpunca dari leachate kawasan EFB dump site yg terletak di luar kawasan premis (ladang sawit milik pekebun keci).
- EFB dump site digunakan utk kumpul EFB sebelum mulching ke kebun sawit.
- pemilik kebun hadir semasa siasatan aduan bersama staf kks taner
- Semasa pasukan sampai di lokasi aduan, terkesan air berwarna hitam dari longkang air hujan premis dan terus ke Sungai Tepoh
- EFB dump site premis ini telah wujud sejak 2017. Digunakan untuk stor EFB sebelum diangkut ke kawasan kebun. Lokasi EFB dump site adalah dikawasan bukit yang telah digondolkan untuk aktiviti penanaman semula sawit
- Terkesan aliran air bukit memasuki kawasan EFB dumpsite yang menyumbang berlakunya aduan ini.
- Sebagai langkah segera untuk tanggani aduan, premis telah menyekat laluan air dari kawasan EFB dumpsite yang memasuki sungai
- Pemeriksaan kawasan longkang selepas laluan air ini ditutup, tiada lagi terkesan air hitam masuk ke parit hujan seterusnya ke Sungai Tepoh
- Tindakan lain yang akan diambil oleh premis ialah mengubah laluan air bukit yang masuk ke kawasan EFB dumpsite serta memasang pipe graviti dari kawasan EFB dumpsite ke kolam aerobik bagi pengumpulan leachate
- Pasukan telah berjumpa dengan pengadu dan memaklumkan hasil siasatan
- Siasatan di lapangan lewat dibuat kerana banjir / jalan tutup
2? Ambil sampel air sungai
- Pengambilan air sample untuk tujuan pengawasan telah diambil di 3 point iaitu di longkang hujan premis (point A), air leachate bercampur air sungai (point A1) dan di lokasi yang terkesan dengan punca pencemaran (point A2)
- Sample dihantar ke JKM untuk analisa
3? Rondaan Darat OMPT
- Tiada PT aktif dikesan
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1. FC dikeluarkan kepada premis untuk kemukakan maklumbalas berkaitan tindakan yang telah diambil setiap hari bagi selesaikan kes aduan.
2. laporan oleh premis hari ni (19/3/25) menyatakan telah menyelesaikan kerja2 divert air bersih atas bukit dan air leachate masuk ke kolam aerobik
3. Rondaan dari semasa ke semasa
Cuaca : Panas dan hujan sebelah petang
Sekian.