Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
TARIKH : 13.3.2025 (Khamis)
MASA : 9:00AM - 10:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PKK EAR, PJ ZS & PJ ZP
KAWASAN RONDAAN
Sandakan - Telupid - Tongod - Pinangah
TUGAS:
1. Siasatan aduan lori tangki diesel tenggelam di Kg. Pinangah, Tongod
2. CAC di LRA Pinangah
3. Rondaan OMPT
PENEMUAN:
Siasatan aduan lori tangki diesel tenggelam di Kg. Pinangah, Tongod
1. Siasatan di sungai berhampiran Kg Pinangah mendapati terdapat tompokan minyak di permukaan sungai dan bau diesel yang tidak kuat.
2. Lokasi lori telah dikenalpasti iaitu jarak dalam 100 meter dari jambatan gantung di Kg. Pinangah. Lori masih tidak dapat ditarik kerana tenggelam di dasar sungai dan arus sungai yg masih deras akibat banjir.
3. Siasatan di LRA Pinangah mendapati tiada kesan minyak dan bau diesel di muka sauk LRA. Jarak lokasi lori yang dikesan dengan LRA adalah 3.43 km. LRA beroperasi seperti biasa.
4. ?Wakil syarikat telah diarahkan untuk mengambil langkah kawalan agar memastikan minyak diesel tidak masuk ke muka sauk LRA dan melupuskan minyak bercampur air melalui kontraktor berlesen.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. NA di bawah Seksyen 31 dan 37, AKAS 1974
Lawatan CAC di LRA Pinangah
1. Premis telah didaftarkan di dalam EKAS dan pertama kali dilawat.
2. Premis tertakluk di bawah PPKAS EP 2009 dan PPKAS BT 2015.
3. ?LRA ini tidak menyediakan kolam rawatan/lagun untuk merawat buangan dari proses backwash.
4. Minyak enjin terpakai dari janakuasa perlu diurus mengikut PPKAS(BT)2025.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. Field Citation
RONDAAN OMPT
1. Tiada PT dikesan sepanjang rondaan.
Cuaca :
- Pagi - Cerah
- ?Petang - Cerah
Sekian.