20 Mac 2025, IPOH - JAS Negeri Perak telah menjalankan Ops Air Raya bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan 4 pasukan iaitu seramai 12 orang pegawai penguatkuasa.Operasi ini memfokuskan kepada pemeriksaan terhadap pematuhan pelepasan efluen oleh premis-premis di sekitar Perak yang bertujuan untuk mencegah pencemaran khususnya pencemaran air pada musim perayaan.
Sebanyak enam (6) premis telah diperiksa dan sepuluh (10) tindakan penguatkuasaan diambil yang merangkumi enam (6) arahan lapangan dan empat (4) Notis Arahan. Persampelan efluen juga telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan tindakan selanjutnya akan diambil setelah keputusan analisa kimia diperolehi.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaskan kesihatan awam tidak berlaku.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.