25 MAC 2025, SANDAKAN – JAS Negeri Sabah Cawangan Sandakan telah menjalankan Ops Air Raya bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan 2 pasukan iaitu seramai 6 orang pegawai penguatkuasa JAS. Operasi ini menfokuskan pemeriksaan terhadap pematuhan pelepasan efluen oleh premis-premis yang menjadi punca pencemaran air di sekitar Sungai Segaliud dan mencegah pencemaran khususnya pencemaran air pada musim perayaan.
Sebanyak lima (5) premis telah diperiksa dan tujuh (7) tindakan penguatkuasaan telah diambil yang merangkumi empat (4) Arahan Lapangan dan tiga (3) Notis Arahan. Persampelan in-situ sungai juga turut dijalankan bagi memantau bacaan kualiti air sungai semasa dan secara keseluruhannya sungai didapati bersih dan tidak tercemar.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaskan kesihatan awam tidak berlaku.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.