Koleksi Gambar / Aktiviti,Pengurusan JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JASWPKL
- Lokasi
- JASWPKL
Penerangan
26 MAC 2025, WP KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KASKUL) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran peringkat jabatan bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal berakhir tidak lama lagi.
Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada hari ini telah diketuai oleh Encik Syahrulnizam bin Mazlan, Biro Kerohanian KASKUL dan disertai oleh 55 orang kakitangan JASWPKL. Semoga program yang dianjurkan ini dapat mengukuhkan ukhwah dan kerjasama yang baik serta memupuk sikap positif dari segi kerohanian.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPKL
#alamsekitartanggungjawabbersama