Penerangan
19 Mac 2025, Skudai, Johor - Sebuah premis pembuatan logam telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) serta merta di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghentikan pencemaran air.
Hasil pemeriksaan mendapati premis melepaskan air buangan daripada proses pengeluaran ke longkang awam tanpa sistem pengolahan efluen perindustrian. Premis diarahkan untuk mengambil tindakan penambahbaikan dalam tempoh POK tersebut.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku sebarang pencemaran kepada alam sekitar.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.