PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 OLEH JAS CAWANGAN PASIR GUDANG

nasir.ibrahim 26/03/2025 15 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 OLEH JAS CAWANGAN PASIR GUDANG
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
PASIR GUDANG

Penerangan

19 Mac 2025, Pasir Gudang : Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan pemeriksaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas kilang penapisan minyak di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Hasil siasatan mendapati premis antaranya gagal menjalankan pemantauan prestasi sistem pengolahan efluen perindustrian (SPEP) mengikut garis panduan yang dikeluarkan Jabatan serta gagal mengendalikan dan menyenggara SPEP mengikut amalan kejuruteraan yang baik. Tindakan penguatkuasaan selanjutnya akan diambil ke atas premis bagi kegagalan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustian) 2009. Pihak industri dan mana-mana pihak adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya secara konsisten sepanjang masa.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan