PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT PDRM NEGERI SEMBILAN KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN

nursyadah 26/03/2025 5 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PDRM NEGERI SEMBILAN KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
Tahun
2025
Organisasi
DOE NEGERI SEMBILAN
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan

Penerangan

24 Mac 2025, Seremban - Tuan Hamzah Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, telah menerima kunjungan hormat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan yang diketuai oleh YDH ACP Al Amin Mukammal Bin Abdul Razak, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di pejabat JAS Negeri Sembilan. Sesi kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan JAS Negeri Sembilan dan IPK Negeri Sembilan. Sesi kunjungan hormat ini telah membincangkan pelbagai isu berkaitan alam sekitar dan mengukuhkan hubungan kerjasama terutama dalam membanteras aktiviti pemprosesan e-waste secara haram di Negeri Sembilan. #NRES #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan