Penerangan
23 MARCH 2025, NILAI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan bersama sepasukan Trafik (PDRM) dan Unit Keselamatan Trafik PLUS telah menjalankan operasi melalui Ops Bersepadu Penguatkuasaan Ops Halangan Asap Kenderaan (Diesel Dan Petrol).
Operasi telah dijalankan di Susur Keluar Plaza Tol Nilai yang telah disertai oleh dua belas (12) pegawai penguatkuasa dari JAS Negeri Sembilan.
50 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual, 10 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian ini. Terdapat enam (6) kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 semasa operasi tersebut. Manakala 60 buah kenderaan berenjin petrol menjalani pemerhatian secara visual, dan lima belas (15) buah kenderaan berenjin petrol telah diuji tahap pelepasan gas. Enam (6) notis arahan telah dikeluarkan agar kenderaan diuji semula di PUSPAKOM.
Notis arahan dibawah seksyen 31 dan seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan.
JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Trafik (PDRM) Dan Unit Keselamatan Trafik PLUS atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama