Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KOMANDER BRIGED TENGAH PASUKAN GERAKAN AM (PGA) OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- CHERAS
- Diskripsi
- 20 Mac 2025, Cheras – Delegasi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor yang diketuai oleh Puan Nor Aziah Bt. Jaafar, Pengarah, JAS Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH SAC Hakemal Bin Hawari, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).
Sesi kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh Tuan Mohd. Faizul Hilmi Bin Zulkifli Ketua Penolong Pengarah Kanan (Operasi) JAS Negeri Selangor. Sesi kunjungan hormat ini telah membincangkan isu-isu berkaitan alam sekitar dan mengukuhkan hubungan kerjasama dalam membanteras aktiviti pemprosesan ‘e-wastes’ secara haram di Negeri Selangor.