PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

nursyuhada 24/03/2025 20 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

21 MAC 2025, ALOR GAJAH, MELAKA - Lawatan ke tapak cadangan projek menaiktaraf loji kumbahan dengan 22,000 kesetaraan populasi di Mukim Pegoh, Daerah Alor Gajah, Melaka yang akan dilaksanakan oleh HICOM Indungan Sdn Bhd, telah diadakan pada 12 Mac 2025 yang lalu. Tujuan lawatan tapak tersebut dijalankan adalah untuk melihat status semasa keadaan tapak projek bagi tujuan pemprosesan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) yang telah dikemukakan kepada JAS Melaka sebelum ianya dibentangkan dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIATRC) pada 19 Mac 2025. Lawatan tapak tersebut telah dihadiri bersama-sama pegawai dari JAS Negeri Melaka, wakil Penggerak Projek (HICOM Indungan Sdn Bhd) dan Jururunding EIA (Environmental Science (M) Sdn Bhd). #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan