Penerangan
KUNJUNGAN HORMAT POLIS MARIN PERAK KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK (JAS PERAK)
17 Mac 2025, Ipoh – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi anggota polis marin negeri Perak yang diketuai oleh Tuan DSP Mazre bin Che Mahmod (Pegawai Pemerintah), Tuan ASP Mohd Azam bin Muhd Sahal (Penolong Pegawai Pemerintah), Tuan Insp Mugilan a/l Manimaran (Unit Risikan Marin), Tuan SM K. Samsuri bin Kassan dan Tuan Sjn Haneff Farihan Bin Ahman ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Dato’ Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh dan pegawai-pegawai kanan Jabatan turut hadir dan berbesar hati menyambut kedatangan Polis Marin Perak di pejabat ini.
Di dalam pertemuan tersebut, pihak Polis Marin Perak menyatakan hasrat kerjasama kearah penguatkuasaan kes-kes alam sekitar. Perbincangan, nasihat dan pelbagai isu terkini alam sekitar termasuk kilang ewaste haram telah dibincangkan dan mencapai kata sepakat berkaitan penguatkuasaan yang akan dilaksanakan.
Turut hadir di dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pengarah JAS Perak (Bahagian Pembangunan) iaitu Encik Muhammad Rizal Bin Ramli dan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Semoga ukhuwah dan kerjasama yang erat dapat diteruskan bagi memastikan pembangunan mampan dan kelestarian alam sekitar dapat dicapai.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_mac2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari