Penerangan
OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM KENDERAAN ENJIN DIESEL (OPS GERAK) JASWPL BERSAMA JPJWPL.
13 Mac 2025, W.P Labuan - JAS W.P Labuan dengan kerjasama JPJ W.P Labuan telah menjalankan operasi melalui OPS GERAK bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam pada 12-13 Mac 2025.
OPS GERAK ini dijalankan di Stesen Timbang JPJ W.P Labuan disertai oleh 10 pegawai penguatkuasa JPJ W.P Labuan & 7 orang pegawai penguatkuasa JAS W.P Labuan.
Pengarah JASWPL, Tuan Major Bersekutu (PA), Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC telah hadir bersama dalam OPS GERAK ini.
Sebanyak 15 buah kenderaan berenjin diesel diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian tersebut terdapat 5 kenderaan telah dikeluarkan Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS, 1974 manakala 3 kenderaan berenjin diesel yang akan dikompaun kerana gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
OPS GERAK ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelepasan asap daripada kenderaan bermotor mematuhi PPKAS (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
JASWPL menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan agar kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2025