Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH TAWAU BIL. 01/2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Majlis Perbandaran Tawau
- Lokasi
- Dewan Persidangan, Majlis Perbandaran Tawau
Penerangan
Mesyuarat telah membentangkan Laporan daripada Pegawai Luar Bandar (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) Luar Bandar dan Laporan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya.
Seterusnya, mesyuarat membentangkan Laporan senarai Projek Pembangunan di Bawah Pemantauan ICU bagi semua projek-projek pembangunan di bawah Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Wakil JAS Cawangan Tawau telah berkongsi mengenai hasil Kajian Pembangunan Ekonomi di Sempadan Sabah yang telah dijalankan oleh pihak SEDIA terutamanya mengenai cadangan mengwujudkan kawasan perindustrian baharu iaitu Kalabakan Industrial Park (KIP).
Selain itu, wakil JAS Cawangan Tawau turut mengutarakan mengenai isu pengoperasian LTP di TPS Bukit Gemok yang dimaklumkan kepada pihak JAS bahawa operator loji telah menghentikan pengendalian dan operasi loji kerana isu tunggakan bayaran. Pihak MPT diminta untuk memberi perhatian yang serius mengenai perkara ini kerana Jabatan Audit Negara sedang menjalankan audit prestasi pengurusan sisa pepejal di Sabah.