PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

KUNJUNGAN FGV PALM INDUSTRIES SDN. BHD. KE JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN TAWAU??

chai 20/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN FGV PALM INDUSTRIES SDN. BHD. KE JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN TAWAU??
Tahun
2025
Organisasi
JAS TAWAU & FGV
Lokasi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat JAS Tawau

Penerangan

TARIKH : 19 Mac 2025 (Rabu) MASA : 9.30 pagi - 12.00 tengahari WAKIL JAS CAWANGAN TAWAU: PP(K) FM, PPK(K) MZI, PPK(K) AS, PPK SS & PJ MSB WAKIL FGV PALM INDUSTRIES SDN. BHD. : Delegasi seramai 11 orang yang terdiri daripada eksekutif kanan, pengurus-pengurus KKS diketuai oleh Regional Controller 7, Encik Ahmad Rusuki Bin Hamid PERKARA-PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN : ?? Encik Ahmad Rusuki Hamid, Regional Controller 7 mewakili pihak FGV Palm Industries Sdn. Bhd. (FGVPISB) memaklumkan kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk sesi suai kenal dan perkongsian maklumat status pematuhan terkini serta membincangkan isu-isu yang dihadapi di kilang-kilang kelapa sawit milik FGVPISB yang terletak di bawah pemantauan dan penguatkuasaan oleh JAS Cawangan Tawau. ?? Pada sesi ini juga, pihak FGVPISB telah berkongsi maklumat status pematuhan lapan (8) KKS yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu dan Tawau kepada syarat-syarat lesen, AKAS 1974 dan Peraturan-peraturan dibawahnya yang terdiri daripada KS Baiduri Ayu, KS Embara Budi, KS Kembara Sakti, KS, Mercu Puspita, KS Kalabakan, KS Umas, KS Hamparan Badai dan KS Lancang Kemudi. ?? Antara status yang dibentangkan adalah pemasangan SKPU, kerja menaik taraf SPE, pembinaan kemudahan penstoran TKKS, perancangan desludging, status OYB, dan lain-lain. Pihak FGV juga mengutarakan beberapa isu yang dihadapi bagi mematuhi syarat-syarat lesen JAS. Sekian dimaklumkan. JAS CAWANGAN TAWAU

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan