Penerangan
JOHOR BAHRU, 19 Mac 2025 - Satu sesi libat urus diantara Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan pihak FGV Palm Industries telah diadakan di bilik mesyuarat Aras 1, JAS Negeri Johor.
Sesi ini dipengerusi oleh Dr Mohd Famey Bin Yusoff, Pengarah JAS Negeri Johor dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Ibu Pejabat FGV Palm Industries Sdn Bhd, membincangkan halatuju serta program yang akan dilaksanakan oleh pihak FGV Palm Industries dan isu-isu berkaitan ke arah pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.