14 MAC 2025, MELAKA - Pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan pemantauan ke muara Sg. Lereh susulan aduan pencemaran sungai yang diadu oleh nelayan setempat kepada YB Datuk Wira Lim Ban Hong (Adun Klebang).
Pemantauan tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Wira ADUN Klebang, Pengarah dan wakil SWCORP serta nelayan berhampiran. Semasa pemantauan tersebut, pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka juga telah memaklumkan tindakan dan cadangan bagi mengatasi pencemaran di Sungai Lereh kepada semua yang hadir dan memaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka akan meneruskan pemantauan dan tindakan ke atas premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Wira Adun Klebang, SWCorp, nelayan setempat dan semua pihak di atas keprihatinan di dalam memulihara alam sekitar.
Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama