Penerangan
ADUAN PT TAMING MUTIARA BANDAR MAHKOTA CHERAS
- Pemantauan menggunakan drone menjumpai satu kawasan semak yang dijadikan lokasi kesan PT berkeluasan 20x10 meter. Rujukan MyLot tanah merupakan tanah kerajaan. Aduan akan dipanjangkan ke PBT.
ADUAN BAU HANCING TAPAK PEMBINAAN DI SURIA RESIDEN SUNGAI LONG
- Pemantauan tapak bina di sebelah apartment pengadu.
- Pengadu memaklumkan kemungkinan tapak bina menggunakan bahan kimia untuk rawatan tanah.
- pemeriksaan mendapati aduan tidak berasas dan wakil tapak bina beri kerjasama untuk jumpa pengadu dan benarkan pengadu melihat sendiri tapak bina tersebut.
- tapak bina tersebut hanya tapak kecil yang membina 4 unit rumah sahaja.
- pada pengamat IO, tiada tandas sementara di tapak bina tersebut berkemungkinan menjadi punca bau hancing (sikap pekerja). Penyelia tapak bina diminta untuk semak syarat-syarat PBT dan sediakan kemudahan asas tersebut.
PEMANTAUAN DRONE DI PROJEK LEBUHRAYA TERBENGKALAI KAJANG - KERAMAT
- Lokasi ini sering diadu terdapat lori roro sering membuang sampah haram di hutan-hutan berhampiran dan menyebabkan berlakunya PT.
- pemantauan mendapati ianya tidak berasa kerana tapak tersebut mempunyai kawalan keselamatan.