Penerangan
15-16 Mac 2025, WP KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) bertempat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Lapan (8) orang pegawai JASWPKL terlibat dengan Operasi Penguatkuasaan yang dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024.
Melalui operasi ini, JASWPKL telah menjalankan sebanyak 180 ujian visual, 37 ujian bunyi bising serta mengeluarkan lima (5) Notis Arahan di bawah Seksyen 48A AKAS (Pindaan) 2024 serta lima (5) kompaun di bawah Peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, di bawah akta yang sama.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.