Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KEMPEN 'PLASTIC BUSTERS' SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- SHAH ALAM
- Diskripsi
- SHAH ALAM, 18 Mac 2025 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter sekali lagi telah bekerjasama mengadakan Kempen Plastic Busters di Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam.
Sejumlah lebih kurang 100 beg kitar semula telah diedarkan kepada pengunjung yang hadir di bazar tersebut. Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang impak negatif yang disebabkan oleh pencemaran plastik sekali guna, sekaligus mendorong masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter di atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang kempen ini berlangsung. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. "Alam Sekitar tanggungjawab bersama".