6 Februari 2025, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan Operasi Gempur (Ops Gempur) ke atas premis industri yang berpotensi tinggi menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar khususnya bagi premis-premis yang terletak di hulu takat pengambilan dan premis yang kerap diadukan.
Sebanyak 25 premis telah digempur oleh pegawai penguatkuasa JAS. Didapati bahawa 19 premis adalah patuh, manakala 6 premis didapati tidak patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya. Tindakan penahanan operasi kelengkapan (POK) dan 7 kompaun serta 5 notis arahan telah dikeluarkan kepada premis-premis tersebut.
JAS Negeri Selangor amat serius dalam mengambil tindakan tegas terhadap premis-premis yang tidak patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya. Semua pihak hendaklah memikul tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk bersama-sama memelihara alam sekitar.
Sekiranya terdapat sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar, sila laporkan ke talian talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.