Penerangan
5 Mac 2025, Sekinchan- Unit Pendidikan & Pengawasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan program pengawasan kualiti air bawah tanah di 1 Stesen Pemantauan Kualiti Air Bawah Tanah yang berada di Sekinchan, Selangor.
Sampel air bawah tanah yang telah diambil dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Aktiviti persampelan ini dijalankan adalah untuk memantau tahap kualiti air dari dalam tanah yang dirancang bagi tahun 2025.
Selain tindakan penguatkuasaan, Jabatan Alam Sekitar giat menjalankan kerja- kerja pengawasan alam sekitar bagi memastikan kelestarian alam kekal terpelihara. "Alam sekitar tanggungjawab bersama"