Penerangan
14 MAC 2025, WP KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KASKUL) bersama-sama dengan Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Menyantuni Anak-Anak Yatim dan Asnaf Sempena Ramadhan 2025/ 1446H di Rumah Pelindungan Pertubuhan Nur Qaseh Malaysia, Taman Melawati.
Seramai 25 orang anak yatim dan asnaf telah diraikan dan menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengarah JASWPKL, Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin. Program ini antara lain bertujuan meringankan beban pusat jagaan disamping menceriakan penerima sumbangan menjelang ketibaan bulan Syawal tidak lama lagi.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari Baginda SAW) di syurga”. Hadis Riwayat Muslim, 2983).