Penerangan
12 Mac 2025, Simpang Pulai - Operasi Bersepadu bagi Pemeriksaan Kenderaan Bermotor telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bertempat di KM 17, Jalan Blue Valley - Simpang Pulai.
Ops bersepadu ini telah mengeluarkan sebanyak 2 kompaun kepada pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 4 notis Arahan Ujian Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pemilik kenderaan yang tidak patuh.
Pemilik kenderaan adalah diingatkan supaya kenderaan berkeadaan baik dan mematuhi undang-undang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_mac2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari