PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN KENDERAAN BERMOTOR JAS PERAK

maizah 19/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN KENDERAAN BERMOTOR JAS PERAK
Tahun
2025
Organisasi
jas perak
Lokasi
batu gajah

Penerangan

06 Mac 2025, Batu Gajah - Operasi Bersepadu bagi Pemeriksaan Kenderaan Bermotor telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Batu Gajah bertempat di KM 19, Jalan Lumut - Ipoh. Ops bersepadu ini telah mengeluarkan sebanyak 3 kompaun kepada pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 3 notis Arahan Ujian Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pemilik kenderaan yang tidak patuh. Pemilik kenderaan adalah diingatkan supaya kenderaan berkeadaan baik dan mematuhi undang-undang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_mac2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan