Penerangan
13 MAC 2025, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima aduan tumpahan minyak di Tanjung Tuan melalui panggilan telefon daripada Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada jam 12.50 pagi, 08 Mac 2025.
Pasukan siasatan JAS Negeri Melaka telah bergerak ke lokasi kejadian bersama pasukan APMM pada jam 10.27 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 11.30 pagi. Pemantauan dan pemerhatian dilokasi aduan mendapati tiada kesan tumpahan minyak dikesan. Siasatan ke sempadan laut Negeri Sembilan diteruskan dan mendapati tiada tumpahan minyak juga dikesan sepanjang laluan tersebut.
Sampel minyak yang diterima daripada pihak APMM telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis. JAS Negeri Melaka akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa dan akan berkerjasama dengan agensi-agensi berkaitan.
#JabatanAlamSekitarNegeriMelaka
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#AlamSekitarTanggungjawabBersama