PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran,Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM KENDERAAN ENJIN DIESEL (OPS STATIK) BERSAMA JPJ WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

mansah 15/03/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM KENDERAAN ENJIN DIESEL (OPS STATIK) BERSAMA JPJ WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
Tahun
2025
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM KENDERAAN ENJIN DIESEL (OPS STATIK) BERSAMA JPJ WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. 12 Mac 2025, W.P Labuan - Jabatan Alam Sekitar W.P Labuan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan W.P Labuan telah menjalankan operasi melalui OPERASI ASAP HITAM bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam. Operasi telah dijalankan di Stesen Timbang JPJ W.P Labuan yang telah disertai oleh 10 pegawai penguatkuasa JPJ W.P Labuan & 7 orang pegawai penguatkuasa JAS W.P Labuan. Sebanyak beberapa buah kenderaan berenjin diesel diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian tersebut terdapat 3 kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. OPS ini akan diteruskan dari masa ke masa bagi memastikan pelepasan asap daripada kenderaan bermotor mematuhi PPKAS (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan agar kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mac_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan