Penerangan
27 Februari 2025 - Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan sesi libat urus bersama 30
premis industri yang dilesenkan (PremisYang Ditetapkan).
Tujuan sesi ini dijalankan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran dan
pengurusan buangan terjadual yang meliputi penstoran luar tapak, pemerolehan kembali dan
pelupusan akhir. Selain daripada itu, ia juga menyentuh mengenai persediaan industri-industri dalam
penggunaan sistem atas talian E-SWISS V2 yang akan dilancarkan pada 1 April 2025.
Sesi libat urus yang diadakan ini berakhir dengan jayanya hasil perkongsian maklumat di antara pihak
industri dan Jabatan. Sesi seumpama ini juga memainkan peranan penting dalam memastikan
pengurusan dan pentadbiran buangan terjadual dapat diurus dengan sebaiknya.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasppfeb2025