Penerangan
Jabatan berhasrat mengadakan tiga (3) program dengan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Tahun 2025 iaitu:
a) Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Sekolah-Sekolah Negeri Perak.
b) Kempen “Hindari Plastik Sekali Guna“ dan Pertandingan Pengumpulan Sisa-Sisa Plastik di Sekolah-Sekolah Negeri Perak.
c) Program Sekolah Lestari–Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) SESI 2025/2026.
Penganjuran program ini adalah untuk meletakkan tanggungjawab pengurusan dan pelupusan sisa-sisa buangan di peringkat sekolah bagi mendidik generasi muda selari dengan Tema Hari Alam Sekitar Negara - “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.