Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JAS PULAU PINANG MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DENGAN MENYERTAI PROGRAM
SINGGAH SAHUR LESTARI
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara
- Lokasi
- Maahad Tahfiz Nahdzatul Islah.
Penerangan
8 MAC 2025, KUBANG SEMANG: JAS Pulau Pinang turut sama mengambil peluang menyantuni pelajar
- pelajar tahfiz yang ada dikalangannya anak yatim dalam Program Singgah Sahur Lestari anjuran
Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara di Maahad Tahfiz Nahdzatul Islah.
JAS Pulau Pinang turut sama menyampaikan ceramah tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar
dan bermain kuiz bersama - sama pelajar di sini selepas bersahur dan solat subuh berjemaah. Aktiviti
menanam pokok betik hibrid dikalangan pelajar turut diadakan bersempena Hari Bumi yang tidak
lama lagi. Turut hadir sama wakil dari TNB Pulau Pinang, KAO Penang dan Renesas Electronic Penang.
Terima kasih kepada pengurusan Maahad Tahfiz dan semua yang terlibat. Adalah diharapkan sedikit
sebanyak ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#jasppmac2025
#alamsekitartanggungjawabbersama