Penerangan
KEPALA BATAS, 12 Februari 2025 - Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama Jabatan Alam Sekitar
Cawangan Bayan Lepas telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.2/2025 pada 12
hingga 14 Februari 2025 ke atas premis-premis di Negeri Pulau Pinang khususnya premis dalam
kawasan industri dan Premis Yang Ditetapkan (PYDT). Dalam operasi ini, seramai tujuh pasukan
dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 18 orang terlibat secara langsung.
Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 22 premis. Sebanyak dua puluh satu (21)
Arahan Lapangan, Enam (6) Notis Arahan telah dikeluarkan, lima (5) kertas siasatan syor kompaun
dibuka ke atas premis yang melibatkan kesalahan di bawah peraturan khususnya melibatkan
buangan terjadual, udara bersih dan efluen perindustrian.
Ops Gempur Bil.2/2025 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk
meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa
mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius.
Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri
terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#jaspulaupinang
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasppfeb2025