Penerangan
21 Februari 2025 - Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja ke atas
Syarikat J&T Berjaya Alam Murni Sdn Bhd di Bukit Tagar Enviroparks, Selangor Darul Ehsan. Lawatan
ini diketuai oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang YBrs.Tuan Norazizi bin Adinan dan
sembilan (9) pegawai.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi tujuan mendedahkan pegawai-pegawai JAS Pulau Pinang
mengenai teknologi dan kaedah masa kini rawatan sisa buangan terjadual yang mana ia menjadi
destinasi terakhir pelupusan.
Rombongan juga di beri penerangan terperinci mengenai pengurusan dan pentadbiran syarikat,
tatacara pengendalian, isu dan cabaran yang dihadapi serta perkara-perkara berkaitan teknikal. Di
akhir sesi turut diadakan tinjauan di lapangan dan melihat lebih dekat pengoperasian insinerator,
makmal analisis dan tapak akhir pelupusan buangan terjadual.
Hasil daripada lawatan ini pegawai-pegawai telah mendapat gambaran lebih jelas mengenai rantaian
dan pengurusan buangan terjadual secara holistik disamping dapat meningkatkan pengetahuan
mengenai teknologi alat kawalan pencemaran udara dan loji rawatan effluen yang cekap beroperasi.
#NRES
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jabatanalamsekitar
#jasppfeb2025