PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel,Mesyuarat

Misi Teknikal Bank Dunia ke Jabatan Alam Sekitar Malaysia bagi Penyediaan Dokumentasi Perjanjian Geran Pelaksanaan Pelan Kigali atau Kigali Implementation Plan (KIP) Peringkat I

sofea 19/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Misi Teknikal Bank Dunia ke Jabatan Alam Sekitar Malaysia bagi Penyediaan Dokumentasi Perjanjian Geran Pelaksanaan Pelan Kigali atau Kigali Implementation Plan (KIP) Peringkat I
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
PUTRAJAYA

Penerangan

Misi Teknikal Bank Dunia ke Jabatan Alam Sekitar Malaysia bagi Penyediaan Dokumentasi Perjanjian Geran Pelaksanaan Pelan Kigali atau Kigali Implementation Plan (KIP) Peringkat I Pada 22 hingga 24 Januari 2025, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan Misi Teknikal bersama pihak Bank Dunia (World Bank). Misi ini telah diketuai oleh Pengarah Bahagian Udara, Tuan Haji Rosli bin Zul, dan pegawai-pegawai JAS dari Seksyen Perlindungan Ozon. Manakala dari Bank Dunia telah diketuai oleh Puan Mary-Ellen Foley diiringi oleh Puan Waraporn Hirunwatsiri bersama-sama ahli Bank Dunia termasuk Puan Mei Ling Tan (Senior Country Operations Officer in Malaysia), Encik Dominic Reyes Aumentado (Senior Procurement Specialist), Puan Maria Liennefer Rey Penaroyo (Financial Management Specialist) dan Ms. Jaeeun Koo (Junior Professional Officer) serta Dr. Viraj Vithoontien (Montreal Protocol Expert) yang turut menyertai secara atas talian. Misi Teknikal ini bertujuan untuk membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama antara JAS dan Bank Dunia dalam penyediaan dan pelaksanaan KIP Peringkat I iaitu pelan bagi mengurangkan penggunaan hidrofluorokarbon (HFC) di Malaysia selaras dengan Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal. Fokus perbincangan tertumpu kepada pengemaskinian status projek, termasuk kelulusan Tabung Pelbagai Hala (Multilateral Fund - MLF) bagi aktiviti kecekapan tenaga yang akan disepadukan dalam projek ini. Selain itu, agenda misi ini turut melibatkan perbincangan mengenai dokumen yang perlu dimuktamadkan sebelum fasa pelaksanaan dimulakan seperti Kerangka Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial (Environmental and Social), Dokumen Penilaian Projek (Project Appraisal Document) dan Manual Pelaksanaan Projek (Project Implementation Manual). Perhatian turut diberikan kepada strategi pelaksanaan projek, termasuk pengurusan kewangan, perolehan, dan pelaksanaan teknikal. Misi ini telah diadakan dengan jayanya dan dapat memperhalusi pelbagai perkara penting bagi memastikan penyediaan dan pelaksanaan KIP Peringkat I dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan