Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENSTOKAN UDANG DAN IKAN,INISIATIF PEMULIHARAAN EKOLOGI MARIN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Penang Infrastructure Corporation (PIC)
- Lokasi
- PULAU BETONG ,BALIK PULAU
Penerangan
PULAU PINANG, 24 Februari 2025 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah dijemput
menyertai program yang dianjurkan oleh Penang Infrastructure Corporation (PIC) iaitu Program
Penstokan Ikan dan Udang di Jeti Pulau Betong sebagai inisiatif di bawah Pelan Induk Pengimbangan
Ekologi PSI (PEOM).
Program ini bertujuan mengurangkan kesan pembangunan Silicon Island terhadap alam sekitar serta
mewujudkan habitat baharu bagi kehidupan marin. PIC dengan kerjasama Silicon Island Development
Sdn Bhd (SIDSDB) perlu komited memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan
ekosistem alam.
#nres
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaspp_februari2025