PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel

SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT (INFORMATION EXCHANGE SESSION) BAGI PENGURUSAN KITARAN HAYAT REFRIGERAN DAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DARI ISI RUMAH (HOUSEHOLD E-WASTE)

sofea 19/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT (INFORMATION EXCHANGE SESSION) BAGI PENGURUSAN KITARAN HAYAT REFRIGERAN DAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DARI ISI RUMAH (HOUSEHOLD E-WASTE)
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
OSAKA, JEPUN

Penerangan

SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT (INFORMATION EXCHANGE SESSION) BAGI PENGURUSAN KITARAN HAYAT REFRIGERAN DAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DARI ISI RUMAH (HOUSEHOLD E-WASTE) 21 JANUARI 2025, OSAKA, JEPUN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan lawatan kerja teknikal atas jemputan daripada Overseas Environmental Cooperation Centre Japan (OECC) dengan kerjasama pihak Daikin Malaysia Sdn. Bhd. ke sesi perkongsian maklumat bagi pengurusan kitaran hayat refrigeran dan buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah pada 14 hingga 17 Januari 2025 di Osaka, Jepun. Delegasi JAS diketuai oleh Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah Bahagian Udara dan diiringi oleh En. Ryan Ooi, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Udara, Puan Thahirah Kamarulzaman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Bahan Berbahaya dan dua lagi pegawai JAS. Tujuan utama program ialah untuk berkongsi maklumat berhubung polisi dan pengurusan kitaran hayat refrigeran (lifecycle refrigerant management) dan mekanisma pengurusan buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah (household e-waste) di negara Jepun dan Malaysia. Dalam rangka kerja rasmi tersebut, delegasi JAS turut mengadakan beberapa sesi perbincangan dan lawatan teknikal ke Daikin Fu-Ha Osaka Showroom, Panasonic Eco Technology Centre (PETEC) dan Daikin Yodogawa Reclamation Factory bagi meneliti proses pengumpulan dan kitar semula buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah terutamanya buangan penghawa dingin serta proses pemerolehan kembali refrigeran.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan