Penerangan
BENGKEL PENYEDIAAN PROGRAM PENGURANGAN PENGGUNAAN HIDROFLUOROKARBON (HFC) DI BAWAH PELAN PELAKSANAAN KIGALI (KIP) PERINGKAT I BAGI SEKTOR PERLINDUNGAN KEBAKARAN
20 Februari 2025, Putrajaya - Bengkel Penyediaan Program Pengurangan Penggunaan Hidrofluorokarbon (HFC) Di Bawah Pelan Pelaksanaan Kigali (KIP) Peringkat I Bagi Sektor Perlindungan Kebakaran telah diadakan di Marriott Hotel, Putrajaya. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat.
Objektif bengkel adalah untuk membentangkan maklumat terkini berkaitan Pelan Pelaksanaan Kigali (KIP) Peringkat I dan merangka penyediaan program pengurangan penggunaan HFC bagi sektor perlindungan kebakaran yang merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada pemanasan global kerana menggunakan bahan HFC yang tinggi Global Warming Potential (GWP).
Antara agensi-agensi yang turut menyertai bengkel ini adalah wakil dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pusat Penyelidikan Kebombaan (PUSPEK), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).