PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat,Program Penguatkuasaan,Pengurusan JAS

MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-SKYWORLD BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN PEMBANGUNAN APARTMENT DI ATAS LOT 50233, PERSIARAN DESA AMAN 1, MUKIM KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Arwan 19/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-SKYWORLD BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN PEMBANGUNAN APARTMENT DI ATAS LOT 50233, PERSIARAN DESA AMAN 1, MUKIM KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2025
Organisasi
JASWPKL
Lokasi
JASWPKL

Penerangan

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2025 – Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC) dipengerusikan oleh Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan bertujuan membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi Cadangan Pembangunan Kediaman Di Atas Lot 50233, Persiaran Desa Aman 1, Mukim Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai penilai Laporan EIA, Encik Luqman bin Baharudin serta ahli-ahli EIATRC yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang dilantik. Laporan EIA dibentangkan oleh perunding yang dilantik oleh penggerak projek merangkumi keadaan semasa tapak projek, perancangan projek, langkah-langkah kawalan yang akan disediakan, isu dan lain-lain maklumat berkaitan cadangan projek. Penggerak projek hendaklah sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 semasa peringkat cadangan pembangunan, pembinaan dan apabila projek beroperasi kelak. Keperluan penyediaan Laporan EIA untuk kelulusan JAS adalah termaktub di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan