Penerangan
20 Februari 2025 - Unit Penilaian EIA, JAS Negeri Pahang bersama JAS Cawangan Gebeng telah menjalankan lawatan tapak EIA ke tapak cadangan projek di Daerah Kuantan, Pahang yang dihadiri oleh perunding dan pemaju.
Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat yang tepat di tapak sedia ada dan keadaan semasa tapak cadangan projek mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA ini boleh diluluskan.