PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU KE ATAS KILANG HARAM PEMPROSESAN BUANGAN TERJADUAL SISA ELEKTRONIK (E-WASTE) DI KAWASAN ORANG ASLI, KAMPUNG PADANG, MUKIM BEBAR, DAERAH PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR

aminuddin 19/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU KE ATAS KILANG HARAM PEMPROSESAN BUANGAN TERJADUAL SISA ELEKTRONIK (E-WASTE) DI KAWASAN ORANG ASLI, KAMPUNG PADANG, MUKIM BEBAR, DAERAH PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar
Lokasi
PEKAN

Penerangan

PEKAN, 15 Februari 2025 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan Operasi Bersepadu ke atas premis kilang haram pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik (e-waste) di Kawasan Orang Asli, Kampung Padang, Mukim Bebar, Daerah Pekan, Pahang Darul Makmur. Operasi ini dijalankan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan yang lain iaitu Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP). Premis tersebut yang beroperasi di sempadan ladang kelapa sawit tersebut disyaki telah menjalankan pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik (e-waste) melalui pelbagai kaedah pengasingan, pembakaran dan peleburan. Seorang pekerja warga asing dan seorang warga tempatan telah ditahan bagi siasatan lanjut. Sebanyak 600 unit jumbo bag mengandungi sisa elektronik (e-waste) dan 2072 unit ingot berbentuk jongkong telah disita. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan turut dikenakan ke atas premis bagi mencegah premis daripada terus beroperasi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan