PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

RONDAAN PEMANTAUAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT)

aminuddin 19/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT)
Tahun
2025
Organisasi
JAS Negeri Pahang
Lokasi
KUANTAN

Penerangan

KUANTAN, 9 Februari 2025 - Pasukan Penguatkuasaan Bahagian Operasi JAS Negeri Pahang telah menjalankan pemantauan rondaan OMPT di sekitar kawasan Kuantan dan Pekan termasuk kawasan tanah gambut yang sering terbakar. Gegantung larangan pembakaran terbuka dipasang di lokasi-lokasi tersebut bagi memberi amaran kepada pemilik/pengusaha tanah tersebut. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas satu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan satu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan