- Tajuk
- KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE DAN PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA KOMUNITI MASJID
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- QARYAH MASJID PERMATANG KUANG
- Lokasi
- MASJID PERMATANG KUANG,PENAGA
- Diskripsi
-
KEPALA BATAS, 23 Februari 2025 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Kempen E-Waste dan pameran sempena program gotong royong anjuran Qaryah Masjid Permatang Kuang, Penaga.
Kempen Kitar Semula E-Waste mendapat sambutan hangat dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 405.7 kilogram E-Waste dari pelbagai jenis peralatan elektik dan elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba, kipas dan barangan elektrik kecil yang tidak lagi digunakan atau telah rosak oleh komuniti setempat.
Kempen dan pameran ini merupakan langkah proaktif dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan menguruskan buangan elektik dan elektronik dengan betul, sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Adalah diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi kesedaran berkaitan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan komuniti penduduk setempat.
#nres
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaspp_februari2025