Penerangan
25 Februari 2025, PULAU PINANG – Program persampelan ke atas kandungan minyak di depoh dan stesen minyak merupakan salah satu daripada program penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Unit Kenderaan Bermotor, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang.
Tujuan utama pelaksanaan sampel minyak ini dijalankan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Minyak Diesel dan Petrol) 2021 yang menetapkan standard kandungan petrol dan diesel perlu memenuhi spesifikasi EURO 5.
Pematuhan ke atas peraturan ini terpakai kepada pembekal bahan api yang digunakan dalam mana-mana enjin pembakaran dalaman (bergerak atau tetap) dan di dalam loji-loji perindustrian.
Program persampelan ini dilaksanakan secara berkala ke atas depoh-depoh minyak dan stesen-stesen minyak di negeri Pulau Pinang.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasppfeb2025