Penerangan
21 Februari 2025, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) – JASWPL menganjurkan program ceramah Alam Sekitar dan Pameran di Tadika Perpaduan Bukit Kuda, W.P. Labuan. Program ini melibatkan seluruh pelajar tadika.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai MYSTEP, Puan Nurhidayah Binti Bulyan bertajuk “Udara Bersih, Kita Sihat”. JASWPL turut mengadakan aktiviti berkaitan 3R yang telah disertai oleh seluruh pelajar tadika Perpaduan Bukit Kuda, WPL. Program ini telah berlangsung dengan jayanya bermula dari jam 8:30 pagi hingga 11 pagi.
JASWPL merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Tadika Perpaduan Bukit Kuda, Wilayah Persekutuan Labuan di atas komitmen jitu dalam menjayakan program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_februari_2025