PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

JAS PULAU PINANG MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DENGAN MENYERTAI PROGRAM SINGGAH SAHUR LESTARI

kaswadi 11/03/2025 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PULAU PINANG MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DENGAN MENYERTAI PROGRAM SINGGAH SAHUR LESTARI
Tahun
2025
Organisasi
PERTUBUHAN NUR SALAM WILAYAH UTARA
Lokasi
Maahad Tahfiz Nahdzatul Islah.
Diskripsi
8 MAC 2025, KUBANG SEMANG: JAS Pulau Pinang turut sama mengambil peluang menyantuni pelajar - pelajar tahfiz yang ada dikalangannya anak yatim dalam Program Singgah Sahur Lestari anjuran Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara di Maahad Tahfiz Nahdzatul Islah. JAS Pulau Pinang turut sama menyampaikan ceramah tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar dan bermain kuiz bersama - sama pelajar di sini selepas bersahur dan solat subuh berjemaah. Aktiviti menanam pokok betik hibrid dikalangan pelajar turut diadakan bersempena Hari Bumi yang tidak lama lagi. Turut hadir sama wakil dari TNB Pulau Pinang, KAO Penang dan Renesas Electronic Penang. Terima kasih kepada pengurusan Maahad Tahfiz dan semua yang terlibat. Adalah diharapkan sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #jasppmac2025 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan