Penerangan
08 Mac 2025, Kuala Lumpur
Satu Program Pengumpulan Barangan Elektrik & Elektronik Terpakai (e-Waste), Barangan Kitar Semula (3R) dan Minyak Masak Terpakai telah dianjurkan bertempat di 2 kawasan iaitu PPR Gombak Setia .
Program ini telah dianjurkan Oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan dijalankan diseluruh Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam sebagai inisiatif untuk menggalakkan pengurusan sisa elektrik dan elektronik secara lestari dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kitar semula.
Program ini berjaya mengumpul sebanyak 110 Kilogram E-Waste dari pelbagai jenis buangan elektrik dan elektronik. Diharapkan Program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi kesedaran alam sekitar dalam komuniti penduduk setempat.
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPKL
#alamsekitartanggungjawabbersama