PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan,Pengurusan JAS

GAMBAR LAWATAN KERJA KE PENGERANG INTEGRATED COMPLEX (PIC) BAGI TINJAUAN DAN PEMAHAMAN OPERASI KE ARAH PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

sofea 10/03/2025 13 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
GAMBAR LAWATAN KERJA KE PENGERANG INTEGRATED COMPLEX (PIC) BAGI TINJAUAN DAN PEMAHAMAN OPERASI KE ARAH PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
PENGERANG, JOHOR

Penerangan

PROGRAM LAWATAN KERJA KE PENGERANG INTEGRATED COMPLEX (PIC) BAGI TINJAUAN DAN PEMAHAMAN OPERASI KE ARAH PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 17 Februari 2025 – PENGERANG, JOHOR Program Lawatan Kerja Ke Pengerang Integrated Complex (PIC) Bagi Tinjauan dan Pemahaman Operasi ke atas aset-aset PETRONAS telah berlangsung dengan jayanya. Delegasi daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) diketuai oleh YBrs. Dr. Norhazni Binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBrs. Dr. Pubadi A/L Govindasamy, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Alam Sekitar, NRES, YBrs. Tuan Haji Rosli Bin Zul, Pengarah Bahagian Udara, YBrs. Puan Rohimah Binti Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian, daripada JAS Ibu Pejabat, YBrs. Dr. Mohd Famey Bin Yusoff, Pengarah JAS Negeri Johor serta pegawai-pegawai kanan JAS Ibu Pejabat, JAS Johor dan JAS Cawangan Pengerang. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberikan gambaran yang jelas kepada NRES dan JAS dalam memahami operasi dan pengurusan alam sekitar di PIC dalam mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Selain itu, konsep pematuhan kendiri yang sentiasa dibudayakan menjamin setiap tindakan atau keputusan yang diambil juga mengutamakan elemen kepentingan alam sekitar. Jabatan ini berharap lawatan kerja yang dijalankan ini dapat memperkukuh kerjasama dua hala antara Kerajaan dan industri, khususnya dalam meningkatkan pengetahuan teknikal serta berkongsi pengalaman secara lebih praktikal bagi memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat terus diutamakan. #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #NRES

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan