PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

KEMPEN SIFAR SISA @ BAZAR RAMADAN DAN AIDILFITRI 2025

Arwan 10/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN SIFAR SISA @ BAZAR RAMADAN DAN AIDILFITRI 2025
Tahun
2025
Organisasi
DBKL
Lokasi
Bazar Ramadhan Taman Tasik Permaisuri

Penerangan

5 MAC 2025, WP KUALA LUMPUR - Bersempena dengan Pelancaran dan Perasmian Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2025 oleh YB. Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput untuk bersama menyertai kempen ini dengan mengedarkan Beg Guna Semula kepada pengunjung Bazar Ramadan. Kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna bagi menyokong usaha kelestarian alam sekitar. Ianya juga sebahagian daripada konsep kepenggunaan lestari atau gaya hidup lestari yang cuba diterapkan dikalangan masyarakat Malaysia. Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak serta YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pembangunan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL. Selain itu, Kempen Sifar Sisa @ Bazar Ramadan turut dilancarkan sebagai inisiatif untuk mengurangkan pembaziran sisa makanan dan meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan peniaga serta pengunjung. Semoga inisiatif ini berjaya memacu negara dan rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang lebih lestari serta memupuk rasa kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar kerana alam sekitar tanggungjawab bersama.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan